Malaysian cuisine reflects the multicultural aspects of Malaysia. Various ethnic groups in Malaysia have their own dishes, but many dishes in Malaysia are derived from multiple ethnic influences. Food preparation differs from place to place, even though they are all cooking the same food. Different preparations have different taste and decoration, but generally the ingredients used are the same.

Tuesday, August 3, 2010

Kuih Jala


Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.

Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.

Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb.

No comments:

Post a Comment