Malaysian cuisine reflects the multicultural aspects of Malaysia. Various ethnic groups in Malaysia have their own dishes, but many dishes in Malaysia are derived from multiple ethnic influences. Food preparation differs from place to place, even though they are all cooking the same food. Different preparations have different taste and decoration, but generally the ingredients used are the same.

Tuesday, August 3, 2010

Penyaram popular di Serian

KUCHING 15 Jan. - Bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari Kuching bukan hanya terkenal dengan buah durian hingga didirikan dua replika besar buah itu di bulatan masuk dan di tengah-tengah bandar kecil ini.

Malah, ada yang memberitahu bandar Serian adalah tempat untuk memperoleh udang galah yang sebesar-besarnya dan tidak kurang juga popular dengan kaloi. Namun yang jelas daerah ini mengumpul segala macam hasil tani dari sungai dan darat di sekitarnya.

Bagaimanapun, jangan lupa bukan itu sahaja yang mampu diperoleh di bandar kecil ini tetapi lebih menariknya adalah sewaktu melalui lorong-lorong di pasar terbuka Serian menyaksikan susunan teratur kuih tradisional dari satu gerai ke satu gerai.

Lebih menarik perhatian adalah hampir kesemua gerai kira-kira 20 buah itu menjual sejenis kuih yang sama iaitu dipanggil sebagai kuih 'penyaram' dan digelar Mexican Cap oleh para pelancong asing.

Meskipun hampir semua peniaga kuih tradisional menjual kuih penyaram dalam jumlah yang banyak, namun ia masih mampu dijual habis kerana kuih ini seolah-olah mempunyai keunikan tersendiri. . . . .

Brought to you by UTUSAN MALAYSIA ONLINE 2009

No comments:

Post a Comment