Bahulu atau
baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung.
Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Namun kini, terdapat kemudahan teknologi bagi memudahkan pembikinan kuih ini. Resepinya yang ringkas yang merangkumi telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bagi bahulu lapis dan bahulu gulung, adanya ditambah jem atau kaya.
No comments:
Post a Comment